Tuesday, 9 June 2015

Takaful 101 - Kenali Produk Takaful Anda

Kenali Produk Takaful

Apa itu takaful?

Dalam bahasa yang mudah difahami, takaful adalah satu pelan perlindungan risiko kewangan dimana sekumpulan manusia membuat simpanan dan melantik syarikat professional menguruskan simpanan mereka untuk digunakan pada peristiwa tertentu.

Syarikat professional yang dilantik itu akan menguruskan wang yang disumbangkan peserta secara professional dan mengikut Akta Takaful 1984 iaitu undang undang syariah dan dipantau oleh kerajaan. Apabila berlaku musibah terhadap peserta, tanggungjawab syarikat takaful adalah member pampasaan kepada peserta terbabit secara cekap, adil dan telus.

Jenis-jenis takaful

Pada asasnya, terdapat dua jenis produk takaful iaitu takaful am dan takaful keluarga. Pecahan adalah seperti berikut;

Takaful Am
  • Takaful Harta
  • Takaful Motor
  • Takaful Liabiliti

Takaful life
  • Takaful perubatan
  • Takaful kemalangan
  • Takaful penyakit kritikal

Model Takaful

Terdapat 3 model penting untuk memahami bagaimana takaful beroperasi;
  1. Model Wakalah (Agensi)
  2. Model Mudharabah (Perkongsian untung)
  3. Kombinasi keduanya

Syarikat takaful merupakan pengurus dana bagi pihak semua peserta atas kontrak yang dipersetujui bersama sama ada menggunakan konsep wakalah atau mudharabah.

Didalam konsep wakalah, syarikat takaful berhak menerima fi bagi perkhidmatan professional yang mereka berikan. Manakala bagi konsep mudharabah pula, syarikat takaful bertindak sebagai pengusaha atas modal yang disumbangkan oleh para peserta dan berhak berkongsi atas keuntungan, dan tanggungjawab atas kerugian ditanggung oleh para peserta sebagai pemilik modal.

Untuk memahami model wakalah, mari kita lihat gambar rajah berikut:


Dari gambar rajah ini, kita dapat memahami bahawa fi wakalah ini digunakan sebagai Dana Pemegang Saham dan menampung perbelanjaan operasi syarikat takaful.

Ok, sekarang mari kita lihat gambar rajah model mudharabah pula:



Dari gambar rajah ini, kita dapat lihat syarikat takaful hanya menerima hasil dari keuntungan atas pelaburan dari pemilik modal iaitu para peserta. Kebanyakan produk takaful adalah menggunakan kombinasi model Mudharabah dan Wakalah.

Apa beza takaful dan insurans?

Kedua-dua takaful dan insurans adalah di dalam insdustri yang sama, iaitu perlindungan risiko kewangan peserta, namun pengendali takaful beroperasi mengikut undang-undang kewangan Islam (Akta Takaful 1984), manakala pengendali insurans beroperasi mengikut undang-undang sivil (Akta Takaful 1996). Kedua-dua nya dipantau oleh kerajaan.

Pengendali takaful mempunyai panel pemantau syariah didalam struktur organisasi yang akan sentiasa membuat pantauan terhadap produk-produk yang ditawarkan, etika kerja dalam menjalankan operasi, dan pematuhan syariat didalam menjalankan perniagaan, seperti membayar zakat.

Apa perbezaan ketara insurans dan takaful?

 “Bayangkan kita dan beberapa orang rakan menyewa sebuah bas, masing-masing membayar tambang kepada driver bas untuk kos-kos perjalanan seperti minyak, toll, parking, kos penyelenggaraan bas dan upah driver bas. Sepanjang perjalanan, wang kita dan rakan-rakan tadi telah digunakan untuk menapung kos-kos yang dirancang itu tadi, bagaimanapun setelah tamat perjalanan, didapati kos-kos sebenar perjalanan adalah lebih jimat dari kos-kos yang dirancang. Pengendali bas pun memulangkan lebihan peruntukan wang tadi kepada beliau dan para penumpang. Driver bas juga telah membayar zakat hasil keuntungan perniagaan beliau membawa bas tadi” Ini adalah contoh rapat bagaimana perniagaan takaful dijalankan.

Selain itu, sebagaimana syarikat-syarikat lain yang beroperasi mengikut undang-undang Islam, harus sentiasa memastikan segala transaksi terhindar dari riba dan gharar dan perkara-perkara yang dilarang oleh undang-undang Islam.

Salah faham biasa mengenai takaful;

Takaful sama je dengan insurans, bahkan lagi mahal.

Benar, syarikat takaful dan insurans berada dalam industri yang sama tetapi bernaung dibawah undang-undang berlainan.

Dari segi bayaran, lazimnya produk insurans lebih murah tetapi tiada perkongisan untung sekiranya terdapat lebihan dari sumbangan peserta.

Kalau ambil takaful, tapi tiada buat claim, rugilah duit saya.

Kita perlu faham, sumbangan untuk takaful tak sama macam kita beli kad prabayar atau kad touch nGo dimana kita perlu gunakan apa yang kita bayar sahaja. Sumbangan kita dalam takaful adalah digunakan bersama-sama dengan semua peserta, oleh itu terdapat konsep kerjasama dalam sumbangan takaful anda.

Selain itu, jika ditakdirkan kita mengalami bencana, biasanya pampasan takaful yang akan kita dapat adalah jauh lebih tinggi dari nilai sumbangan kita.

Takaful ni untuk orang-orang kaya je.

Sebenarnya takaful lebih penting dimanfaatkan oleh golongan kurang berada, ini kerana kita dapat menyelamatkan simpanan kita yang dikhaskan untuk kegunaan masa depan seperti mengerjakan haji, atau membeli aset-aset tertentu seperti rumah dan kereta. Bayangkan jika kita dah kumpul duit untuk pergi haji, tetapi duit itu terpaksa digunakan untuk rawatan hospital atau pemulihan bencana yang kita alami.

Sumber:

e-muamalat.gov.my (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
www.takafuleexam.com

Tuesday, 2 June 2015

6 Tips Bagaimana untuk Menyelamatkan Wang Anda Dengan Manfaatkan Produk Takaful.


Hanya ambil polisi takaful yang penting untuk anda.



Ok, ini mungkin agak teknikal bagi sesetengah orang, kebanyakan kita sekadar ambil takaful kerana ikut – ikut orang. Secara ringkasnya, kita perlu tahu kenapa kita ambil polisi takaful tersebut, dapatkan penjelasan bagaimana polisi tersebut dimanfaatkan kepada anda.

Hanya bayar maksimum 10% dari gaji anda.



Menurut saranan Bank Negara Malaysia, kita hanya perlu membelanjakan 10% dari pendapatan kita untuk mencarum dalam polisi takaful. Saranan ini dibuat bagi memastikan kita tidak terbeban dengan membayar caruman takaful, sebaliknya hanya menyimpan sebahagian kecil dari pendapatan kita bagi melindungi risiko kehilangan wang yang banyak ketika berlaku tragedi.




Hanya pergi panel klinik & hospital, supaya tak perlu keluarkan wang sendiri


Secara umumnya, mana-mana polisi takaful lebih mudah dimanfaatkan sekiranya kita mendapatkan rawatan di panel klinik dan hospital yang berkaitan dengan syarikat takaful kita. Sekiranya kita terpaksa mendapatkan rawatan di klinik dan hospital yang bukan panel, kita masih boleh mendapatkan perlindungan takaful, tetapi perlu mendahulukan duit kita dan dapatkan klaim kemudian. Sebagai pelanggan AIA Public Takaful, kita hanya download aplikasi ‘AIA Locator’ dari Itunes (Apple) dan Playstore (Google) di telefon bimbit untuk memudahkan carian. Aplikasi ini juga ada menunjukkan fasiliti bilik dan kad perubatan mana yang boleh digunakan di hospital tersebut.

Masuk hospital kerajaan? Dapatkan elaun hospital kerajaan dari syarikat takaful anda.


Adakalanya kita terpaksa mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, terutamanya jika kita ditakdirkan perlu mendapatkan rawatan di kawasan yang tiada hospital swasta. Sekiranya kita merupakan pelanggan AIA Public Takaful, kita layak mendapat manfaat berikut; i) Pulangan wang kerana mendapatkan rawatan di hospital bukan panel. ii) Elaun rawatan di hospital kerajaan sebanyak RM100 sehari.

Dapatkan diagnostik dari doktor pakar? Simpan resit doktor tersebut selamat selama 60 hari.


Biasa terjadi apabila perlu mendapatkan nasihat pakar kesihatan sebelum masuk wad hospital mendapatkan rawatan. Secara asasnya syarikat takaful tidak memberikan perlindungan untuk rawatan tanpa anda tidur di wad hospital (rawatan luar). Tetapi, sekiranya kita dimasukkan ke wad dalam masa 60 hari selepas mendapatkan rawatan luar, syarikat takaful akan memulangkan wang rawatan luar yang dikenakan awal tadi.

Anda ada masa lapang dan ingin tambah pendapatan? Jadi agen takaful secara sambilan untuk ahli keluarga dan rakan terdekat anda.




Sekiranya kita ingin melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk orang disekeliling anda sekaligus mendapatkan pendapatan tambahan, kita boleh memohon untuk menjadi agen takaful secara sambilan. Buat masa ini, bisnes takaful merupakan antara bisnes yang memerlukan modal yang sangat rendah dan berisiko rendah. Kita juga boleh menjadi rujukan ahli keluarga dan rakan terdekat dalam hal-hal berkaitan dengan industri takaful. 

Sunday, 24 May 2015

4 Perkara Penting Yang Perlu Dilakukan Bila Dapat Polisi Takaful Tapi Sering Terlepas Pandang


Alhamdulillah, hari ini makin ramai rakyat Malaysia telah mempunyai polisi takaful untuk melindungi risiko kehilangan wang kita di saat tragedi yang tak diduga. Namun, masih ramai yang melakukan
 kesilapan yang membuatkan kita atau waris kita tidak dapat manfaat dari plan takaful yang telah kita bayar setiap tahun.

Kali ini, saya nak berkongsi tips yang wajib diamalkan setiap pemilik polisi takaful bagi memastikan kita dan waris kita betul-betul dapat manfaat polisi yang kita bayar tu.

Simpan polisi di tempat yang selamat.

Ini perkara paling wajib dilakukan sebaik sahaja polisi kita diterima, polisi takaful kita ibarat ‘geran tanah’ yang menjadi bukti bahawa kita layak menerima sejumlah pampasan dari pengendali takaful sewaktu berlaku tragedi. Polisi ini haruslah disimpan di tempat yang selamat dan boleh di akses oleh waris kita.

Perlu diberi perhatian, setiap polisi takaful yang kita langgan, biasanya untuk tempoh 20 tahun keatas, oleh itu tanggungjawab kita ialah memastikan polisi ini tersimpan rapi selama mana polisi kita masih aktif.

 Bagitahu ahli keluarga, rakan terdekat, dan pihak yang mendapat manfaat (beneficiaries).

Cuba kita pandang sekeliling, berapa ramai kawan kita yang beritahu kita yang mereka ada polisi takaful dan dari syarikat mana? Atau jika kita tinggal bersama keluarga, berapa ramai adik beradik kita yang beritahu berkenaan polisi takaful yang mereka ambil dan dari syarikat mana?

Ini satu habit yang tidak baik, sekiranya berlaku sesuatu kepada kita, rakan-rakan atau saudara terdekat inilah yang akan membantu kita, kadang-kadang agen pun tak diberitahu sewaktu kita ditimpa musibah, jadi macam mana kita nak buat tuntutan? Bayangkan waktu tu kita pengsan, koma, atau tidak boleh berkomunikasi dengan baik.

Kita perlu bagitahu mengenai polisi takaful yang kita ambil, tak perlu dedahkan semua maklumat, contoh maklumat yang paling penting bagitahu;

a)      Kita ada polisi takaful dengan syarikat AIA Public Takaful Berhad

b)      Kalau ada berlaku sesuatu, contact agen kita; Mohd Hasan 016-2155504

c)       Kalau tak dapat call agen, call AIA terus 1300-88-8922

Insyaallah, dengan maklumat ini sekurang-kurangnya agen atau syarikat takaful maklum akan keadaan kita, dan proses claim boleh diusahakan.

Ingat tarikh caruman polisi takaful

Tarikh caruman amat penting untuk kita ingat supaya polisi kita sentiasa aktif dan proses untuk tuntutan lebih lancar. Terdapat beberapa cara untuk kita menjelaskan caruman, sama ada secara bulanan, suku tahunan, setengah tahun, atau setahun sekali. Seperti insurans kereta, kita perlu bayar untuk sambung tempoh perlindungan sebelum tarikh tamat.

Kegagalan kita menjelaskan bayaran caruman mengikut jadual mungkin mengakibatkan kita gagal mendapat manfaat seperti didalam polisi takaful kita.

After sales

Ha, ini perkara yang jarang kita ambil tahu, sesetengah agen boleh bagi servis-servis lain yang boleh bantu menyenangkan urusan kita. Contohnya, jika kita ada kereta kemungkinan agen yang sama boleh bantu uruskan renewal takaful kenderaan kita, terdapat juga agen yang mempunyai kemahiran dalam pengurusan kewangan seperti membuat badget bulanan keluarga anda, mahupun membuat perancangan pelaburan lain sekiranya kita mampu. 


Thursday, 14 May 2015

‘5 Perkara Anda Tidak Tahu Mengenai Manfaat Perubatan Majikan’


“Majikan saya dah sediakan manfaat perubatan, perlu ke ambil takaful lagi?”


Alhamdulillah, kita bernasib baik kerana mempunyai majikan yang prihatin yang menyediakan manfaat perubatan kepada pekerja dan keluarga pekerja kita. Sebagai majikan yang baik, telah menjadi tanggungjawab mereka untuk menyediakan manfaat perubatan kepada staff seperti kita yang telah membanting tulang setiap hari mendapatkan keuntungan bagi pihak syarikat.

Manfaat perubatan yang dilanggan oleh majikan adalah produk yang bagus bagi perspektif majikan. Majikan tidak perlu pening kepala menguruskan risiko rawatan perubatan hospital untuk staff dan keluarga mereka. Dengan peruntukan yang minima, pekerja layak mendapatkan rawatan perubatan di hospital panel dengan peruntukan tahunan dari RM20,000 hingga lebih RM100,000. Namun, beberapa perkara berikut harus diberi perhatian oleh kita sebagai pekerja;

a)   Berapa lama majikan sanggup menerima kita bekerja sekiranya kita mendapat sakit kritikal seperti sakit jantung, buah pinggang dan sebagainya?


Cuba kita bayangkan, dah 8 tahun kita bekerja dengan setia, tiba-tiba kita jatuh sakit jantung. Alhamdulillah, dengan manfaat perubatan yang disediakan syarikat, kita pun pergi mendapatkan rawatan di hospital tanpa perlu risau kos perubatan.

Malangnya, sakit jantung kita tu tak sembuh dengan segera, tiap-tiap bulan kita kena dapatkan rawatan susulan di hospital. Lebih malang lagi, kita juga kerap ditahan di wad untuk mendapatkan pemerhatian rapi doktor pakar.

Dalam masa enam bulan, prestasi kerja semakin merosot, cuti rawatan sebanyak 21 hari setahun telah habis dimanfaatkan. Kerja-kerja rutin kita juga terpaksa diambil alih rakan sekerja dan ketua kita.

Bulan November pun tiba, pihak HR dah mula review KPI kita dan rakan-rakan, mana yang berpotensi mungkin dapat bonus dan kenaikan pangkat. Kita yang dah sakit jantung ni? Sudahlah gaji selalu kena potong, bonus tak dapat, malah dalam pemerhatian HR untuk dinasihatkan berhenti kerja.

b)     Polisi perubatan adalah renewable setiap tahun, syarikat berhak tidak menyambung polisi perubatan sekiranya mengalami cabaran kewangan dan menyambung polisi sekiranya kewangan syarikat mereka membenarkan.


Setiap tahun, majikan akan membuat budgeting untuk pendapatan dan perbelanjaan yang boleh dirancang untuk tahun kehadapan. Antara perbelanjaan yang termasuk dalam budgeting adalah manfaat perubatan pekerja.

Pada kebiasaanya, jika tahun ini perniagaan syarikat lancer dan maju, kemungkinan besar manfaat perubatan akan diteruskan dan adakalanya dittambah baik, bergantung kepada persetujuan lembaga pengarah.

Seandainya, pada tahun-tahun mencabar, kebanyakan majikan akan membuat tight budgeting dimana mereka berusaha untuk mengurangkan perbelanjaan yang boleh dikawal, antaranya ialah manfaat perubatan pekerja.

Mengikut polisi, syarikat berhak mengubah manfaat perubatan yang mereka inginkan dari syarikat insurans atau takaful. Malah, syarikat takaful juga berhak membuat semakan sama ada syarikat yang menjadi pelanggan adalah berisiko tinggi dan perlu menaikkan kos caruman mendapatkan pelan perubatan pekerja tersebut.

Sebagai pekerja, kita tidak mampu mengawal sebarang keputusan yang diambil syarikat untuk manfaat perubatan yang mereka sediakan itu, malah kadang kala syarikat tak memberitahu pun pekerja mengenai sebarang perubahan terutamanya pengurangan dalam manfaat perubatan tersebut.

c)  Sekiranya kita diberhentikan bekerja tiba-tiba, dan diwaktu itu kita telah mempunyai sebarang penyakit, tiada syarikat takaful yang akan memberi perlindungan kepada kita.


Adalah menjadi amalan bagi mana-mana syarikat insurans dan takaful untuk tetapkan tempoh ‘cooling period’ selama 30 hingga 90 hari bagi polisi yang baru diluluskan untuk pelanggan. Di dalam tempoh ini, pada 30 hari yang pertama syarikat takaful mengamalkan claim basis coverage kepada pelanggan, iaitu pelanggan hendaklah mendahulukan wang mereka bagi mendapatkan rawatan hospital dan akan di bayar semula oleh syarikat takaful.

Manakala dalam tempoh 90 hari pertama setelah polisi pelanggan diluluskan, syarikat takaful berhak menolak permohonan polisi pelanggan yang mempunyai penyakit kritikal kerana dianggap pelanggan berkemungkinan tinggi sengaja mendapatkan produk insurans dan takaful setelah mengetahui diri mereka telahpun mempunyai penyakit.

d)   Majoriti majikan hanya menyediakan manfaat perubatan yang mempunyai had amaun yang sangat rendah, kebanyakannya tidak sampai RM100,000 setahun.


Walaupun manfaat perubatan hospital yang disediakan oleh majikan adalah satu rahmat yang besar, namun peruntukan ini tidaklah komprehensif untuk semua jenis penyakit terutamanya penyakit kritikal seperti kanser, jantung, dan sebagainya yang memerlukan perbelanjaan rawatan yang tinggi dan berterusan.

e)      Had umur maksimum manfaat perubatan pakej korporat hanya sehingga umur 70 tahun.


Sesetengah syarikat, terutamanya syarikat yang mengamalkan family business, kita sebagai pekerja mendapat peluang bekerja sehingga bila-bila selagi sihat dan majikan akan terus memberi imbuhan berupa gaji dan manfaat lain seperti rawatan perubatan.

Namun, pakej manfaat perubatan yang disediakan syarikat insurans dan takaful mempunyai limit umur pekerja hingga berumur 70 tahun sahaja. Bagi pekerja yang melebihi umur ini, tidak lagi diberi manfaat perubatan pakej insurans dan takaful. Boleh jadi, syarikat hanya mampu memperuntukkan bantuan perubatan yang bersamaan dengan nilai premium takaful setahun.


Kesimpulannya, kita sebagai manusia yang bijak harus bertanggungjawab dengan peruntukan kewangan kita untuk perubatan, kesihatan, dan pendidikan sendiri. Hidup ini diberikan pelbagai pilihan, buatlah pilihan bijak yang boleh kita kawal berbanding terlalu bergantung kepada pihak yang tiada kepentingan dari kita.