Kenali Produk Takaful
Apa itu takaful?
Dalam bahasa yang mudah difahami,
takaful adalah satu pelan perlindungan risiko kewangan dimana sekumpulan
manusia membuat simpanan dan melantik syarikat professional menguruskan
simpanan mereka untuk digunakan pada peristiwa tertentu.
Syarikat professional yang
dilantik itu akan menguruskan wang yang disumbangkan peserta secara
professional dan mengikut Akta Takaful 1984 iaitu undang undang syariah dan
dipantau oleh kerajaan. Apabila berlaku musibah terhadap peserta, tanggungjawab
syarikat takaful adalah member pampasaan kepada peserta terbabit secara cekap,
adil dan telus.
Jenis-jenis takaful
Pada asasnya, terdapat dua jenis
produk takaful iaitu takaful am dan takaful keluarga. Pecahan adalah seperti
berikut;
Takaful Am
- Takaful Harta
- Takaful Motor
- Takaful Liabiliti
Takaful life
- Takaful perubatan
- Takaful kemalangan
- Takaful penyakit kritikal
Model Takaful
Terdapat 3 model penting untuk
memahami bagaimana takaful beroperasi;
- Model Wakalah (Agensi)
- Model Mudharabah (Perkongsian untung)
- Kombinasi keduanya
Syarikat takaful merupakan
pengurus dana bagi pihak semua peserta atas kontrak yang dipersetujui bersama
sama ada menggunakan konsep wakalah atau mudharabah.
Didalam konsep wakalah, syarikat
takaful berhak menerima fi bagi perkhidmatan professional yang mereka berikan.
Manakala bagi konsep mudharabah pula, syarikat takaful bertindak sebagai
pengusaha atas modal yang disumbangkan oleh para peserta dan berhak berkongsi
atas keuntungan, dan tanggungjawab atas kerugian ditanggung oleh para peserta
sebagai pemilik modal.
Untuk memahami model wakalah,
mari kita lihat gambar rajah berikut:
Dari gambar rajah ini, kita dapat
memahami bahawa fi wakalah ini digunakan sebagai Dana Pemegang Saham dan
menampung perbelanjaan operasi syarikat takaful.
Ok, sekarang mari kita lihat
gambar rajah model mudharabah pula:
Dari gambar rajah ini, kita dapat
lihat syarikat takaful hanya menerima hasil dari keuntungan atas pelaburan dari
pemilik modal iaitu para peserta. Kebanyakan produk takaful adalah menggunakan
kombinasi model Mudharabah dan Wakalah.
Apa beza takaful dan insurans?
Kedua-dua takaful dan insurans
adalah di dalam insdustri yang sama, iaitu perlindungan risiko kewangan
peserta, namun pengendali takaful beroperasi mengikut undang-undang kewangan
Islam (Akta Takaful 1984), manakala pengendali insurans beroperasi mengikut
undang-undang sivil (Akta Takaful 1996). Kedua-dua nya dipantau oleh kerajaan.
Pengendali takaful mempunyai
panel pemantau syariah didalam struktur organisasi yang akan sentiasa membuat
pantauan terhadap produk-produk yang ditawarkan, etika kerja dalam menjalankan
operasi, dan pematuhan syariat didalam menjalankan perniagaan, seperti membayar
zakat.
Apa perbezaan ketara insurans dan takaful?
“Bayangkan kita dan beberapa orang rakan
menyewa sebuah bas, masing-masing membayar tambang kepada driver bas untuk
kos-kos perjalanan seperti minyak, toll, parking, kos penyelenggaraan bas dan
upah driver bas. Sepanjang perjalanan, wang kita dan rakan-rakan tadi telah
digunakan untuk menapung kos-kos yang dirancang itu tadi, bagaimanapun setelah
tamat perjalanan, didapati kos-kos sebenar perjalanan adalah lebih jimat dari
kos-kos yang dirancang. Pengendali bas pun memulangkan lebihan peruntukan wang
tadi kepada beliau dan para penumpang. Driver bas juga telah membayar zakat
hasil keuntungan perniagaan beliau membawa bas tadi” Ini adalah contoh rapat
bagaimana perniagaan takaful dijalankan.
Selain itu, sebagaimana
syarikat-syarikat lain yang beroperasi mengikut undang-undang Islam, harus
sentiasa memastikan segala transaksi terhindar dari riba dan gharar dan
perkara-perkara yang dilarang oleh undang-undang Islam.
Salah faham biasa mengenai takaful;
Takaful sama je dengan insurans,
bahkan lagi mahal.
Benar, syarikat takaful dan
insurans berada dalam industri yang sama tetapi bernaung dibawah undang-undang
berlainan.
Dari segi bayaran, lazimnya
produk insurans lebih murah tetapi tiada perkongisan untung sekiranya terdapat
lebihan dari sumbangan peserta.
Kalau ambil takaful, tapi tiada
buat claim, rugilah duit saya.
Kita perlu faham, sumbangan untuk
takaful tak sama macam kita beli kad prabayar atau kad touch nGo dimana kita
perlu gunakan apa yang kita bayar sahaja. Sumbangan kita dalam takaful adalah
digunakan bersama-sama dengan semua peserta, oleh itu terdapat konsep kerjasama
dalam sumbangan takaful anda.
Selain itu, jika ditakdirkan kita
mengalami bencana, biasanya pampasan takaful yang akan kita dapat adalah jauh
lebih tinggi dari nilai sumbangan kita.
Takaful ni untuk orang-orang kaya
je.
Sebenarnya takaful lebih penting
dimanfaatkan oleh golongan kurang berada, ini kerana kita dapat menyelamatkan
simpanan kita yang dikhaskan untuk kegunaan masa depan seperti mengerjakan
haji, atau membeli aset-aset tertentu seperti rumah dan kereta. Bayangkan jika
kita dah kumpul duit untuk pergi haji, tetapi duit itu terpaksa digunakan untuk
rawatan hospital atau pemulihan bencana yang kita alami.
Sumber:
e-muamalat.gov.my (Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia)
www.takafuleexam.com
No comments:
Post a Comment