Thursday, 14 May 2015

‘5 Perkara Anda Tidak Tahu Mengenai Manfaat Perubatan Majikan’


“Majikan saya dah sediakan manfaat perubatan, perlu ke ambil takaful lagi?”


Alhamdulillah, kita bernasib baik kerana mempunyai majikan yang prihatin yang menyediakan manfaat perubatan kepada pekerja dan keluarga pekerja kita. Sebagai majikan yang baik, telah menjadi tanggungjawab mereka untuk menyediakan manfaat perubatan kepada staff seperti kita yang telah membanting tulang setiap hari mendapatkan keuntungan bagi pihak syarikat.

Manfaat perubatan yang dilanggan oleh majikan adalah produk yang bagus bagi perspektif majikan. Majikan tidak perlu pening kepala menguruskan risiko rawatan perubatan hospital untuk staff dan keluarga mereka. Dengan peruntukan yang minima, pekerja layak mendapatkan rawatan perubatan di hospital panel dengan peruntukan tahunan dari RM20,000 hingga lebih RM100,000. Namun, beberapa perkara berikut harus diberi perhatian oleh kita sebagai pekerja;

a)   Berapa lama majikan sanggup menerima kita bekerja sekiranya kita mendapat sakit kritikal seperti sakit jantung, buah pinggang dan sebagainya?


Cuba kita bayangkan, dah 8 tahun kita bekerja dengan setia, tiba-tiba kita jatuh sakit jantung. Alhamdulillah, dengan manfaat perubatan yang disediakan syarikat, kita pun pergi mendapatkan rawatan di hospital tanpa perlu risau kos perubatan.

Malangnya, sakit jantung kita tu tak sembuh dengan segera, tiap-tiap bulan kita kena dapatkan rawatan susulan di hospital. Lebih malang lagi, kita juga kerap ditahan di wad untuk mendapatkan pemerhatian rapi doktor pakar.

Dalam masa enam bulan, prestasi kerja semakin merosot, cuti rawatan sebanyak 21 hari setahun telah habis dimanfaatkan. Kerja-kerja rutin kita juga terpaksa diambil alih rakan sekerja dan ketua kita.

Bulan November pun tiba, pihak HR dah mula review KPI kita dan rakan-rakan, mana yang berpotensi mungkin dapat bonus dan kenaikan pangkat. Kita yang dah sakit jantung ni? Sudahlah gaji selalu kena potong, bonus tak dapat, malah dalam pemerhatian HR untuk dinasihatkan berhenti kerja.

b)     Polisi perubatan adalah renewable setiap tahun, syarikat berhak tidak menyambung polisi perubatan sekiranya mengalami cabaran kewangan dan menyambung polisi sekiranya kewangan syarikat mereka membenarkan.


Setiap tahun, majikan akan membuat budgeting untuk pendapatan dan perbelanjaan yang boleh dirancang untuk tahun kehadapan. Antara perbelanjaan yang termasuk dalam budgeting adalah manfaat perubatan pekerja.

Pada kebiasaanya, jika tahun ini perniagaan syarikat lancer dan maju, kemungkinan besar manfaat perubatan akan diteruskan dan adakalanya dittambah baik, bergantung kepada persetujuan lembaga pengarah.

Seandainya, pada tahun-tahun mencabar, kebanyakan majikan akan membuat tight budgeting dimana mereka berusaha untuk mengurangkan perbelanjaan yang boleh dikawal, antaranya ialah manfaat perubatan pekerja.

Mengikut polisi, syarikat berhak mengubah manfaat perubatan yang mereka inginkan dari syarikat insurans atau takaful. Malah, syarikat takaful juga berhak membuat semakan sama ada syarikat yang menjadi pelanggan adalah berisiko tinggi dan perlu menaikkan kos caruman mendapatkan pelan perubatan pekerja tersebut.

Sebagai pekerja, kita tidak mampu mengawal sebarang keputusan yang diambil syarikat untuk manfaat perubatan yang mereka sediakan itu, malah kadang kala syarikat tak memberitahu pun pekerja mengenai sebarang perubahan terutamanya pengurangan dalam manfaat perubatan tersebut.

c)  Sekiranya kita diberhentikan bekerja tiba-tiba, dan diwaktu itu kita telah mempunyai sebarang penyakit, tiada syarikat takaful yang akan memberi perlindungan kepada kita.


Adalah menjadi amalan bagi mana-mana syarikat insurans dan takaful untuk tetapkan tempoh ‘cooling period’ selama 30 hingga 90 hari bagi polisi yang baru diluluskan untuk pelanggan. Di dalam tempoh ini, pada 30 hari yang pertama syarikat takaful mengamalkan claim basis coverage kepada pelanggan, iaitu pelanggan hendaklah mendahulukan wang mereka bagi mendapatkan rawatan hospital dan akan di bayar semula oleh syarikat takaful.

Manakala dalam tempoh 90 hari pertama setelah polisi pelanggan diluluskan, syarikat takaful berhak menolak permohonan polisi pelanggan yang mempunyai penyakit kritikal kerana dianggap pelanggan berkemungkinan tinggi sengaja mendapatkan produk insurans dan takaful setelah mengetahui diri mereka telahpun mempunyai penyakit.

d)   Majoriti majikan hanya menyediakan manfaat perubatan yang mempunyai had amaun yang sangat rendah, kebanyakannya tidak sampai RM100,000 setahun.


Walaupun manfaat perubatan hospital yang disediakan oleh majikan adalah satu rahmat yang besar, namun peruntukan ini tidaklah komprehensif untuk semua jenis penyakit terutamanya penyakit kritikal seperti kanser, jantung, dan sebagainya yang memerlukan perbelanjaan rawatan yang tinggi dan berterusan.

e)      Had umur maksimum manfaat perubatan pakej korporat hanya sehingga umur 70 tahun.


Sesetengah syarikat, terutamanya syarikat yang mengamalkan family business, kita sebagai pekerja mendapat peluang bekerja sehingga bila-bila selagi sihat dan majikan akan terus memberi imbuhan berupa gaji dan manfaat lain seperti rawatan perubatan.

Namun, pakej manfaat perubatan yang disediakan syarikat insurans dan takaful mempunyai limit umur pekerja hingga berumur 70 tahun sahaja. Bagi pekerja yang melebihi umur ini, tidak lagi diberi manfaat perubatan pakej insurans dan takaful. Boleh jadi, syarikat hanya mampu memperuntukkan bantuan perubatan yang bersamaan dengan nilai premium takaful setahun.


Kesimpulannya, kita sebagai manusia yang bijak harus bertanggungjawab dengan peruntukan kewangan kita untuk perubatan, kesihatan, dan pendidikan sendiri. Hidup ini diberikan pelbagai pilihan, buatlah pilihan bijak yang boleh kita kawal berbanding terlalu bergantung kepada pihak yang tiada kepentingan dari kita.

No comments:

Post a Comment