Tuesday, 9 June 2015

Takaful 101 - Kenali Produk Takaful Anda

Kenali Produk Takaful

Apa itu takaful?

Dalam bahasa yang mudah difahami, takaful adalah satu pelan perlindungan risiko kewangan dimana sekumpulan manusia membuat simpanan dan melantik syarikat professional menguruskan simpanan mereka untuk digunakan pada peristiwa tertentu.

Syarikat professional yang dilantik itu akan menguruskan wang yang disumbangkan peserta secara professional dan mengikut Akta Takaful 1984 iaitu undang undang syariah dan dipantau oleh kerajaan. Apabila berlaku musibah terhadap peserta, tanggungjawab syarikat takaful adalah member pampasaan kepada peserta terbabit secara cekap, adil dan telus.

Jenis-jenis takaful

Pada asasnya, terdapat dua jenis produk takaful iaitu takaful am dan takaful keluarga. Pecahan adalah seperti berikut;

Takaful Am
  • Takaful Harta
  • Takaful Motor
  • Takaful Liabiliti

Takaful life
  • Takaful perubatan
  • Takaful kemalangan
  • Takaful penyakit kritikal

Model Takaful

Terdapat 3 model penting untuk memahami bagaimana takaful beroperasi;
  1. Model Wakalah (Agensi)
  2. Model Mudharabah (Perkongsian untung)
  3. Kombinasi keduanya

Syarikat takaful merupakan pengurus dana bagi pihak semua peserta atas kontrak yang dipersetujui bersama sama ada menggunakan konsep wakalah atau mudharabah.

Didalam konsep wakalah, syarikat takaful berhak menerima fi bagi perkhidmatan professional yang mereka berikan. Manakala bagi konsep mudharabah pula, syarikat takaful bertindak sebagai pengusaha atas modal yang disumbangkan oleh para peserta dan berhak berkongsi atas keuntungan, dan tanggungjawab atas kerugian ditanggung oleh para peserta sebagai pemilik modal.

Untuk memahami model wakalah, mari kita lihat gambar rajah berikut:


Dari gambar rajah ini, kita dapat memahami bahawa fi wakalah ini digunakan sebagai Dana Pemegang Saham dan menampung perbelanjaan operasi syarikat takaful.

Ok, sekarang mari kita lihat gambar rajah model mudharabah pula:



Dari gambar rajah ini, kita dapat lihat syarikat takaful hanya menerima hasil dari keuntungan atas pelaburan dari pemilik modal iaitu para peserta. Kebanyakan produk takaful adalah menggunakan kombinasi model Mudharabah dan Wakalah.

Apa beza takaful dan insurans?

Kedua-dua takaful dan insurans adalah di dalam insdustri yang sama, iaitu perlindungan risiko kewangan peserta, namun pengendali takaful beroperasi mengikut undang-undang kewangan Islam (Akta Takaful 1984), manakala pengendali insurans beroperasi mengikut undang-undang sivil (Akta Takaful 1996). Kedua-dua nya dipantau oleh kerajaan.

Pengendali takaful mempunyai panel pemantau syariah didalam struktur organisasi yang akan sentiasa membuat pantauan terhadap produk-produk yang ditawarkan, etika kerja dalam menjalankan operasi, dan pematuhan syariat didalam menjalankan perniagaan, seperti membayar zakat.

Apa perbezaan ketara insurans dan takaful?

 “Bayangkan kita dan beberapa orang rakan menyewa sebuah bas, masing-masing membayar tambang kepada driver bas untuk kos-kos perjalanan seperti minyak, toll, parking, kos penyelenggaraan bas dan upah driver bas. Sepanjang perjalanan, wang kita dan rakan-rakan tadi telah digunakan untuk menapung kos-kos yang dirancang itu tadi, bagaimanapun setelah tamat perjalanan, didapati kos-kos sebenar perjalanan adalah lebih jimat dari kos-kos yang dirancang. Pengendali bas pun memulangkan lebihan peruntukan wang tadi kepada beliau dan para penumpang. Driver bas juga telah membayar zakat hasil keuntungan perniagaan beliau membawa bas tadi” Ini adalah contoh rapat bagaimana perniagaan takaful dijalankan.

Selain itu, sebagaimana syarikat-syarikat lain yang beroperasi mengikut undang-undang Islam, harus sentiasa memastikan segala transaksi terhindar dari riba dan gharar dan perkara-perkara yang dilarang oleh undang-undang Islam.

Salah faham biasa mengenai takaful;

Takaful sama je dengan insurans, bahkan lagi mahal.

Benar, syarikat takaful dan insurans berada dalam industri yang sama tetapi bernaung dibawah undang-undang berlainan.

Dari segi bayaran, lazimnya produk insurans lebih murah tetapi tiada perkongisan untung sekiranya terdapat lebihan dari sumbangan peserta.

Kalau ambil takaful, tapi tiada buat claim, rugilah duit saya.

Kita perlu faham, sumbangan untuk takaful tak sama macam kita beli kad prabayar atau kad touch nGo dimana kita perlu gunakan apa yang kita bayar sahaja. Sumbangan kita dalam takaful adalah digunakan bersama-sama dengan semua peserta, oleh itu terdapat konsep kerjasama dalam sumbangan takaful anda.

Selain itu, jika ditakdirkan kita mengalami bencana, biasanya pampasan takaful yang akan kita dapat adalah jauh lebih tinggi dari nilai sumbangan kita.

Takaful ni untuk orang-orang kaya je.

Sebenarnya takaful lebih penting dimanfaatkan oleh golongan kurang berada, ini kerana kita dapat menyelamatkan simpanan kita yang dikhaskan untuk kegunaan masa depan seperti mengerjakan haji, atau membeli aset-aset tertentu seperti rumah dan kereta. Bayangkan jika kita dah kumpul duit untuk pergi haji, tetapi duit itu terpaksa digunakan untuk rawatan hospital atau pemulihan bencana yang kita alami.

Sumber:

e-muamalat.gov.my (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
www.takafuleexam.com

Tuesday, 2 June 2015

6 Tips Bagaimana untuk Menyelamatkan Wang Anda Dengan Manfaatkan Produk Takaful.


Hanya ambil polisi takaful yang penting untuk anda.



Ok, ini mungkin agak teknikal bagi sesetengah orang, kebanyakan kita sekadar ambil takaful kerana ikut – ikut orang. Secara ringkasnya, kita perlu tahu kenapa kita ambil polisi takaful tersebut, dapatkan penjelasan bagaimana polisi tersebut dimanfaatkan kepada anda.

Hanya bayar maksimum 10% dari gaji anda.



Menurut saranan Bank Negara Malaysia, kita hanya perlu membelanjakan 10% dari pendapatan kita untuk mencarum dalam polisi takaful. Saranan ini dibuat bagi memastikan kita tidak terbeban dengan membayar caruman takaful, sebaliknya hanya menyimpan sebahagian kecil dari pendapatan kita bagi melindungi risiko kehilangan wang yang banyak ketika berlaku tragedi.




Hanya pergi panel klinik & hospital, supaya tak perlu keluarkan wang sendiri


Secara umumnya, mana-mana polisi takaful lebih mudah dimanfaatkan sekiranya kita mendapatkan rawatan di panel klinik dan hospital yang berkaitan dengan syarikat takaful kita. Sekiranya kita terpaksa mendapatkan rawatan di klinik dan hospital yang bukan panel, kita masih boleh mendapatkan perlindungan takaful, tetapi perlu mendahulukan duit kita dan dapatkan klaim kemudian. Sebagai pelanggan AIA Public Takaful, kita hanya download aplikasi ‘AIA Locator’ dari Itunes (Apple) dan Playstore (Google) di telefon bimbit untuk memudahkan carian. Aplikasi ini juga ada menunjukkan fasiliti bilik dan kad perubatan mana yang boleh digunakan di hospital tersebut.

Masuk hospital kerajaan? Dapatkan elaun hospital kerajaan dari syarikat takaful anda.


Adakalanya kita terpaksa mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, terutamanya jika kita ditakdirkan perlu mendapatkan rawatan di kawasan yang tiada hospital swasta. Sekiranya kita merupakan pelanggan AIA Public Takaful, kita layak mendapat manfaat berikut; i) Pulangan wang kerana mendapatkan rawatan di hospital bukan panel. ii) Elaun rawatan di hospital kerajaan sebanyak RM100 sehari.

Dapatkan diagnostik dari doktor pakar? Simpan resit doktor tersebut selamat selama 60 hari.


Biasa terjadi apabila perlu mendapatkan nasihat pakar kesihatan sebelum masuk wad hospital mendapatkan rawatan. Secara asasnya syarikat takaful tidak memberikan perlindungan untuk rawatan tanpa anda tidur di wad hospital (rawatan luar). Tetapi, sekiranya kita dimasukkan ke wad dalam masa 60 hari selepas mendapatkan rawatan luar, syarikat takaful akan memulangkan wang rawatan luar yang dikenakan awal tadi.

Anda ada masa lapang dan ingin tambah pendapatan? Jadi agen takaful secara sambilan untuk ahli keluarga dan rakan terdekat anda.




Sekiranya kita ingin melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk orang disekeliling anda sekaligus mendapatkan pendapatan tambahan, kita boleh memohon untuk menjadi agen takaful secara sambilan. Buat masa ini, bisnes takaful merupakan antara bisnes yang memerlukan modal yang sangat rendah dan berisiko rendah. Kita juga boleh menjadi rujukan ahli keluarga dan rakan terdekat dalam hal-hal berkaitan dengan industri takaful.